GMN. Study medicine, dentistry, and pharmacy.
Layakkah Universiti Mansoura & Alexandria Dibanding-bandingkan dengan Universiti Lain?!
GMN News | 2012-02-29
 
 

Sejak kebelakangan ini, setelah UPU mengumumkan keputusan kemasukan ke Program-program Matrikulasi sekali lagi GMN dihujani dengan pangilan telefon oleh Ibu Bapa dan Pelajar yang berminat untuk mengetahui lanjut berkenaan StudyMedic @ Mesir. Seperti kebiasaannya pelbagai soalan dikemukakan untuk mendapatkan kepastian StudyMedic @ Mesir. Memandangkan terdapat lebih 5 buah Universiti yang ditawarkan di Mesir yang mempunyai pengiktirafan dari Kerajaan Malaysia, terdapat beberapa soalan Utama yang diajukan selain daripada soal keselamatan, makan, minum, penginapan, perbelanjaan sara hidup dan lain-lain yang berkaitan StudyMedic @ Mesir. Namun Persoalan Utama yang menjadi soalan kepada titik permulaan kepada Ibu Bapa dan Pelajar sebelum membuat keputusan adalah “Universiti Manakah yang Terbaik? Antara Cairo, Mansoura, Alexandria, Tanta, Zagaziq, Ain Shams dan Al-Azhar?” “Kenapa GMN seolah-olah hanya meletakkan Universiti Mansoura dan Alexandria lebih kehadapan berbanding universiti-universiti lain?” Soalan inilah yang sering menjadi soalan penutup kepada perbincangan StudyMedic @ Mesir.

Sehubungan dengan persoalan itulah, saya terpanggil untuk menulis berkaitan Soalan Penutup berkenaan. Namun sebelum saya menjawab Persoalan Penutup berkenaan suka saya highlight semua penulisan-penulisan sebelum ini yang berkaitan :

UNIVERSITI MANSOURA MEMBAWAKAN PROGRAM PERUBATAN MANCHESTER, UK

Universiti yang menjadi pilihan adalah Universiti Mansoura. Universiti yang suatu ketika dulu merupakan Fakulti Perubatan Cairo pastinya mengekalkan reputasi Fakulti Perubatan Cairo yang sehingga kini antara universiti yang cukup terkenal dengan pengajian perubatannya dan tidak hairan setelah membentuk empayarnya sendiri, Universiti Mansoura berjaya mewujudkan 9 hospital pakar di bawah jajahannya. Sebagai ahli kepada Federation Universities of The Islamic World pastinya Universiti Mansoura mempunyai kelebihannya tersendiri dalam memberikan sumbangan sosialnya. Yang menarik mengenai Universiti Mansoura ini, ia membawakan pelajar kepada sistem pengajian berasaskan masalah (Problem Based Learning) di bawah Program yang di bawa khas dari Universiti Manchester, United Kingdom. Dengan kos pengajian yang sama dengan universiti-universiti lain di Mesir, pelajar mampu memperolehi pengajian perubatan setanding universiti-universiti terkemuka dunia yang lain. Universiti Mansoura adalah antara universiti terbaik di Dunia Arab yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan satu-satunya universiti di Mesir yang menggunakan sepenuhnya program berasaskan masalah (Problem Based Learning). Secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di bawah modul ini.

FAKULTI PERUBATAN ALEXANDRIA DIANUGERAHKAN ”HAMDAN AWARD 2009/2010”

Pelajar juga berpeluang mendapatkan pengajian di Universiti Alexandria yang mana Fakulti Perubatannya telah dianugerahkan ”Hamdan Award 2009/2010” yang membawa kepada gelaran Fakulti Perubatan Terbaik di dalam Dunia Arab. Dengan memberikan penekanan modul secara ”Intergrated” antara sistem konvensional dan sistem penyelesaian masalah (Problem Based Learning), pastinya Fakulti Perubatan Alexandria mempunyai kelebihannya tersendiri bagi memastikan pembelajaran lebih berkesan di bawah modul ini.

Daripada 2 Universiti yang dikemukakan di atas sebenarnya tidak perlu lagi untuk saya menjawab Persoalan Penutup “Universiti Manakah yang Terbaik? Antara Cairo, Mansoura, Alexandria, Tanta, Zagaziq, Ain Shams dan Al-Azhar?” “Kenapa GMN seolah-olah hanya meletakkan Universiti Mansoura dan Alexandria lebih kehadapan berbanding universiti-universiti lain?” kerana apa yang ditawarkan oleh 2 universiti berkenaan sebenarnya tiada tolok bandingnya dan ianya langsung tidak boleh atau tidak layak untuk dibandingkan Pencapaiannya dengan universiti-universiti lain di Mesir kerana Pencapaian 2 universiti ini (Mansoura dan Alexandria) telah jauh meninggalkan Universiti-universiti lain yang terdapat di Mesir. GMN memahami kehendak Ibu Bapa dan Pelajar yang berminat untuk StudyMedic @ Mesir dan mencari peluang-peluang terbaik yang boleh diperolehi dan disebabkan itulah GMN begitu komited mencadangkan Hanya yang Terbaik serta mencadangkan universiti yang mampu memberikan kelebihan dari kesamaan yang terdapat di Mesir.

Ibu Bapa dan Pelajar harus tahu yuran di Mesir secara keseluruhnya sama untuk semua universiti yang terdapat di Mesir iaitu USD 48 000. Walau pun terdapat universiti yang meletakkan harga USD 2 000 pada tahun pertama namun tahun kedua yuran tersebut akan meningkat kepada USD 9 200 setahun yang membawa jumlah masih lagi USD 48 000 bagi 6 tahun. USD 48 000 adalah merupakan satu nilai yang agak besar yang harus diambil berat dan tidak hanya dipandang enteng hanya disebabkan oleh janji soal Penajaan dan Biasiswa, janji soal persekitaran, janji soal Mumtaz dan janji-janji lain-lain. Kerana janji-janji tersebut tidak menjadikan Pelajar tersebut seorang Pengamal Perubatan yang Baik tetapi Janji Pengajian dan Pembelajaran yang Bertaraf Dunia akan menjadikan Pelajar tersebut Pengamal Perubatan yang baik dan boleh pergi jauh dari yang boleh dicapai oleh janji-janji Penajaan, janji soal persekitaran, janji soal Mumtaz dan janji-janji lain.

 
 
 
 
Twitter Updates
Call Us
+6 03 8925 0228
 
Email Us
info@gmn.com.my
 
SMS Us
EDOC GMN INFO your email
send to 36322
© 2012 Global Medic Network Sdn. Bhd. Design by FPC.